Thursday 8 December 2011

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia – Kata Seru

https://docs.google.com/leaf?id=0B-7MkoQ1OpzYNzg3MjVkYWEtNzllNS00MDc4LWExMGMtYWY3ZTRmZmJkYTI3&hl=en_US




Video tersebut merupakan salah satu makropengajaran saya di sekolah. Makro pengajaran tersebut mengenai pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia –Kata Seru kepada murid Tahun 2. Dalam P&P ini, saya telah menggunakan video animasi, powerpoint dan kaedah pengajaran lain untuk menyampaikan isi kandungan kepada anak murid saya. Ini kerana alat pengarang ini dapat menyenangkan murid lebih memahami dan menarik minat murid ingin belajar. Tambahan pula, melalui kaedah-kaedah ini dapat memudahkan saya memberi penerangan dan menjalankan P&P dengan lancar.
Walaupun terdapat sedikit kelemahan dalam P&P, harap dapat berkongsi pengalaman saya dan harap dapat menerima pendapat anda semua.

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia – Kata Seru

https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B-7MkoQ1OpzYNjJhNDkzMzgtOGUzYi00NDBjLTgxNjEtNWZmYmIyODViZmE3&hl=en_US



Video tersebut merupakan salah satu makropengajaran saya di sekolah. Makro pengajaran tersebut mengenai pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia –Kata Seru kepada murid Tahun 2. Dalam P&P ini, saya telah menggunakan video animasi, powerpoint dan kaedah pengajaran lain untuk menyampaikan isi kandungan kepada anak murid saya. Ini kerana alat pengarang ini dapat menyenangkan murid lebih memahami dan menarik minat murid ingin belajar. Tambahan pula, melalui kaedah-kaedah ini dapat memudahkan saya memberi penerangan dan menjalankan P&P dengan lancar.
Walaupun terdapat sedikit kelemahan dalam P&P, harap dapat berkongsi pengalaman saya dan harap dapat menerima pendapat anda semua.

Mari kita belajar tatabahasa - Kata Hubung

KATA HUBUNG
-     berfungsi untuk menghubungkan dua ayat atau lebih  untuk menjadi satu bentuk ayat majmuk.
-          terbahagi kepada dua  :- 
A.     Kata hubung gabungan
B.     Kata hubung pancangan



A.     Kata hubung gabungan
-          untuk menggabungkan dua ayat atau lebih atau dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya menjadi  
           satu bentuk ayat majmuk. Antara kata hubung gabungan ialah :

dan , atau , tetapi , serta , lalu , malahan , sambil , kemudian

Contoh  ayat :
       -  Zairin suka membaca surat khabar dan majalah.
       -  Kamu boleh memilih yang ini atau yang itu.
       -  Devi rajin membaca tetapi adiknya malas.



B.     Kata hubung pancangan
-          menyambungkan klausa-klausa yang tidak setara menjadi ayat majmuk
-          terbahagi kepada tiga:
-          kata hubung relatif
-          kata hubung komplemen
-          kata hubung keterangan



1.      Kata Hubung Relatif
-          menyambungkan klausa utama dengan satu klausa kecil untuk menjadi ayat majmuk.
-          kata hubung relatif ialah  yang

Contoh ayat :
       -  Perompak yang ditembak mati itu ialah rakyat asing
       -  Pelajar yang menjadi juara pidato itu adik saya



2.      Kata Hubung Komplemen
-          menghubungkan klausa komplemen  ( pelengkap ) kepada klausa utama
-          kata hubung komplemen ialah bahawa dan untuk

       Contoh ayat :
      -  Dia menyatakan bahawa dia akan ke Mekah pada tahun ini
      -  Sungguh mustahil baginya untuk melepaskan diri.






3.      Kata Hubung Keterangan
-          menghubungkan klausa yang menjadi keterangan kepada satu klausa utama
-          Beberapa contoh kata hubung keterangan:

  kalau        sekiranya         walaupun         sungguhpun      kerana              hingga
        agar          sementara        semoga           andai kata        jika                  setelah
        semasa     tatkala              supaya            apabila             sewaktu           kendatipun


      Contoh ayat :
       -  Kalau hari tidak hujan kita akan teruskan perlawanan bola sepak itu.
       -  Usah kita bersikap kasar kepadanya, kendatipun dia seorang yang sombong.
       -  Tatkala Jepun menyerang Tanah Melayu, Ahmad  masih  kanak-kanak lagi.
      
           

Kata Hubung Berpasangan

entah…….entah           baik……….baik              kian………kian        sama ada …..atau              makin………makin            bagaimana………begitulah                                          semakin………..semakin                     sedangkan……….inikan pula                                      walaupun………..namun                     bukan sahaja………….bahkan juga                           baik……….mahupun                          jangankan……….pun


Contoh ayat : 
-  Semakin lama semakin ramai penonton yang masuk ke dalam stadium itu.
-  Sedangkan Selat Melaka dapat direnangi inikan pula Selat Tebrau.

Monday 5 December 2011

KATA SERU


KATA SERU

-          Digunakan  untuk melahirkan perasaan seperti hairan, kagum , terkejut, marah, sakit, kesal dan sebagainya
-          Digunakan untuk membentuk ayat seruan.


KATA SERU


PENGGUNAANNYA

CONTOH AYAT
Aduh

Sakit
Aduh, pedihnya mataku!
Aduhai

Sedih
Aduhai, pilunya hatiku ini!
Ah

Tidak suka / menolak
Ah, itu semua alasanmu saja!
Amboi  / Wah

Hairan
Kagum
1.  Amboi, banyaknya orang di sana!
2.  Wah, besarnya kapal perang itu!
Ceh

Mengejek
Ceh, orang yang tidak sedar diri!
Cis / Cih

Marah  /  benci
1.  Cis, berambuskau dari sini!
2.  Cih, pembelot!

Eh

Hairan  /  terkejut
Eh, Jamilah rupa-rupanya!
Hai


Menegur  seseorang  / menarik  perhatian
Hai, saya Nordin!
Nah


Memberikan sesuatu /
Menarik perhatian
1.  Nah, inilah peluang untuk kita!
2.  Nah, surat untuk kamu!
Syabas

Gembira / bagus
Syabas, kamu berjaya juga akhirnya!
Wahai
Sedih  /  menarik perhatian

Wahai temanku, kembalilah ke pangkal jalan!
Oh
Hairan, terkejut, kecewa, dsb.

1.  Oh Tuhanku, ampunilah aku!
2.  Oh, sampainya hatimu menipu aku!
Alamak
Kesal , tidak senang hati

Alamak, duit belanja saya hilanglah!
Hoi
Memanggil seseorang 
Hoi, kalian buat apa di sini!

Kata Banyak Makna


Kata banyak makna :
  •   ialah kata yang mempunyai lebih daripada satu makna
  •   dIkenali juga sebagai polisim
  •   boleh digunakan untuk menyampaikan maksud yang berbeza
1.   Contoh maksud : bekas
                           a)    kesan / tanda
                           b)    pernah menjadi
                           c)    tempat mengisi sesuatu
     Contoh ayat     :   
a)  Terdapat bekas tapak kaki harimau di tepi sungai itu.
                        b)  Encik Latif ialah bekas tentera.
                        c)  Ibu memasukkan keropok  ke dalam bekas itu.

2.   Contoh maksud : lapang
                           a)    luas
                           b)    tidak sibuk
     Contoh ayat     :   
a) "Lapangnya rumah kamu, Aslina," kata Rohani.
                        b) Datanglah ke rumah saya jika ada masa lapang.

3.   Contoh maksud : cerah
                           a)    terang
                           b)    jernih
                           c)    agak putih
                           d)    berseri
                           e)    baik, bahagia
     Contoh ayat     :   
a) Cuaca hari ini cerah.
b)  Masa depan anak-anak yatim itu cerah.
c)  Anak-anak Pak Abu berkulit cerah.


4.   Contoh maksud : jatuh
a)  gugur, luruh
b)  menjadi kurang, merosot
c)  bersamaan  ( tarikh )
d)  menjadi  ( sakit  )
e)  kalah, takluk
Contoh ayat     :   
a) Buah kelapa yang masak itu jatuh ke tanah.
b)  Hari raya jatuh pada hari Ahad.
c)  Negeri yang aman itu telah jatuh ke tangan musuh.

Beberapa contoh  polisim.

Kata
 Makna
 1.  alamat
a.  keterangan tentang tempat tinggal
b.  tanda
 2.  asli
a.  tulen / asal
b.  penduduk asal
 3.  anggota
c.  ahli
d.  bahagian tubuh
 4.  baik
a.  sembuh, pulih
b.  tidak jahat  (  kelakuan  )
c.  bagus, elok
d.  sihat
e.  rapat  (  persahabatan  )
 5.  balik
a.  pulang
b.  belakang
c.  semula
 6.  cetek
d.  tidak dalam  (  tempat  )
e.  tidak dalam  (  pengetahuan  )
 7.  dalam
a.  bahagian dalam
b.  tidak cetek
c.  luas  ( pengetahuan  )
d.  mengalami
e.  selama
 8.  diam
a.  tinggal
b.  tidak bercakap
 9.  faedah
a.  manfaat
b.  bunga, laba
 10.  halaman
a.  perkarangan rumah
b.  muka surat
 11.  halus
a.  kecil-kecil / lumat
b.  lembut
c.  teliti
 12.  hampa
d.  kecewa, gagal
e.  tidak berisi
f.  kosong
13.  hangat
a.  panas
b.  meriah
c.  masih baru
14.  haus
a.  dahaga
b.  terlalu ingin sesuatu
c.  menjadi kurang besar atau tebal
15.  kepala
a.  bahagian tubuh dari leher ke atas
b.  ketua, pemimpin
16.  keras
a.  kukuh
b.  tegas
c.  bersungguh-sungguh
17.  kaki
d.  anggota badan untuk berjalan
e.  penyangga
f.  ukuran panjang
g.  penjodoh bilangan
h.  ketagih
18.  lagi
a.  masih, sedang berbuat sesuatu
b.  tambahan kepada yang sedia ada
c.  dan, serta
19.  masak
a.  tidak mentah
b.  sudah tua dan boleh dimakan (  buah  )
c.  sudah tahu
20.  mata
a.  deria untuk melihat
b.  markah
c.  bahagian yang tajam pada alat pemotong
d.  punca, sumber
21.  mentah
a.  belum masak  (  buah  )
b.  belum dimasak  (  makanan  )
c.  belum sempurna
d.  masih belum dewasa
22.  pasang
a.  naik atau menjadi bertambah  (  air  )
b.  hidupkan sesuatu
c.  penjodoh bilangan
23.  rapat
a.  tidak bercelah
b.  padat  (  penduduk  )
c.  berhampiran dengan
d.  erat, karib  (  persahabatan  )
24.  sedar
a.  tahu, insaf
b.  bangun daripada tidur
c.  ingat kembali
25.  serong
a.  condong, tidak lurus,  tidak tepat
b.  menyimpang daripada sesuatu
c.  tidak jujur