Tatabahasa

Tanda Baca Tak Susah, Marilah Kita Belajar!!!
Tanda baca ialah tanda yang digunakan di dalam tulisan serta mempunyai erti tertentu.



Tanda baca
Penggunaan
Contoh
Noktah (.)
1.  Digunakan di hujung ayat untuk menandakan lengkapnya satu ayat.
2.  Digunakan untuk menunjukkan kependekan nama.
3.  Digunakan untuk mengasingkan nombor.
-          Emak sedang menanak nasi.

-          Y.B. Tn. Hj. Hassan b. Malek.

-          RM1.65 ( wang )
0.75 ( perpuluhan )

Koma ( , )
1.  Digunakan untuk memisahkan pelbagai unsur dalam satu ayat.
2.  Digunakan untuk menunjukkan tempat berhenti sebentar ketika membaca.
-          Adik suka makan kek, ais krim, biskut, dan gula-gula.
-          Abu, belikan emak sebungkus tepung.


Tanda soal
     ( ? )
1.   Diletakkan pada hujung ayat tanya.
-          Siapakah guru kamu?
-          Awak sakit?

Tanda seru
     ( ! )
1.   Diletakkan pada hujung ayat seru.
-          Aduh, sakitnya perut saya!


Tanda sempang
    ( - )
1.  Digunakan untuk menyambung kata ganda.
2.  Digunakan untuk menyambung perkataan dengan perkataan yang merujuk kepada Tuhan.
-          Buku-buku itu telah disusun oleh Amin.
-          Ampunilah hamba-Mu.



Huruf besar
1.  Digunakan pada permulaan ayat.
2.  Digunakan pada nama khas.
-          Buku itu ada pada Abu.
-          Encik Tan mempunyai sebuah Proton Waja.

Tanda pengikat 
"………………… "
1.   Digunakan dalam cakap ajuk.
-          "Lina, tolong cucikan pakaian ini," kata emak.

Tanda
noktah bertindih ( : )
1.  Digunakan sebelum menyenaraikan sesuatu
2.  Digunakan untuk mengasingkan watak dengan dialog.
-          Ikan  : bawal, tenggiri, cencaru
   dan kembung.
Ali     : Selamat pagi,
          emak.
Pn.Lina : Selamat pagi,
          Ali.
Tanda koma bernoktah
    ( ; )
1.  Digunakan untuk menggantikan kata hubung dalam ayat.
2.   Digunakan dalam pantun.
-          Keluarganya kaya; dia tidak kedekut.
-          Satu, dua, tiga, empat;
Siapa cepat, dia dapat.


Seterusnya, mari kita belajar Kata Banyak Makna!!!
Kata banyak makna :
  •   ialah kata yang mempunyai lebih daripada satu makna
  •   dIkenali juga sebagai polisim
  •   boleh digunakan untuk menyampaikan maksud yang berbeza
1.   Contoh maksud : bekas
                           a)    kesan / tanda
                           b)    pernah menjadi
                           c)    tempat mengisi sesuatu
     Contoh ayat     :   
a)  Terdapat bekas tapak kaki harimau di tepi sungai itu.
                        b)  Encik Latif ialah bekas tentera.
                        c)  Ibu memasukkan keropok  ke dalam bekas itu.

2.   Contoh maksud : lapang
                           a)    luas
                           b)    tidak sibuk
     Contoh ayat     :   
a) "Lapangnya rumah kamu, Aslina," kata Rohani.
                        b) Datanglah ke rumah saya jika ada masa lapang.

3.   Contoh maksud : cerah
                           a)    terang
                           b)    jernih
                           c)    agak putih
                           d)    berseri
                           e)    baik, bahagia
     Contoh ayat     :   
a) Cuaca hari ini cerah.
b)  Masa depan anak-anak yatim itu cerah.
c)  Anak-anak Pak Abu berkulit cerah.


4.   Contoh maksud : jatuh
a)  gugur, luruh
b)  menjadi kurang, merosot
c)  bersamaan  ( tarikh )
d)  menjadi  ( sakit  )
e)  kalah, takluk
Contoh ayat     :   
a) Buah kelapa yang masak itu jatuh ke tanah.
b)  Hari raya jatuh pada hari Ahad.
c)  Negeri yang aman itu telah jatuh ke tangan musuh.

Beberapa contoh  polisim.


Kata
 Makna
 1.  alamat
a.  keterangan tentang tempat tinggal
b.  tanda
 2.  asli
a.  tulen / asal
b.  penduduk asal
 3.  anggota
c.  ahli
d.  bahagian tubuh
 4.  baik
a.  sembuh, pulih
b.  tidak jahat  (  kelakuan  )
c.  bagus, elok
d.  sihat
e.  rapat  (  persahabatan  )
 5.  balik
a.  pulang
b.  belakang
c.  semula
 6.  cetek
d.  tidak dalam  (  tempat  )
e.  tidak dalam  (  pengetahuan  )
 7.  dalam
a.  bahagian dalam
b.  tidak cetek
c.  luas  ( pengetahuan  )
d.  mengalami
e.  selama
 8.  diam
a.  tinggal
b.  tidak bercakap
 9.  faedah
a.  manfaat
b.  bunga, laba
 10.  halaman
a.  perkarangan rumah
b.  muka surat
 11.  halus
a.  kecil-kecil / lumat
b.  lembut
c.  teliti
 12.  hampa
d.  kecewa, gagal
e.  tidak berisi
f.  kosong
13.  hangat
a.  panas
b.  meriah
c.  masih baru
14.  haus
a.  dahaga
b.  terlalu ingin sesuatu
c.  menjadi kurang besar atau tebal
15.  kepala
a.  bahagian tubuh dari leher ke atas
b.  ketua, pemimpin
16.  keras
a.  kukuh
b.  tegas
c.  bersungguh-sungguh
17.  kaki
d.  anggota badan untuk berjalan
e.  penyangga
f.  ukuran panjang
g.  penjodoh bilangan
h.  ketagih
18.  lagi
a.  masih, sedang berbuat sesuatu
b.  tambahan kepada yang sedia ada
c.  dan, serta
19.  masak
a.  tidak mentah
b.  sudah tua dan boleh dimakan (  buah  )
c.  sudah tahu
20.  mata
a.  deria untuk melihat
b.  markah
c.  bahagian yang tajam pada alat pemotong
d.  punca, sumber
21.  mentah
a.  belum masak  (  buah  )
b.  belum dimasak  (  makanan  )
c.  belum sempurna
d.  masih belum dewasa
22.  pasang
a.  naik atau menjadi bertambah  (  air  )
b.  hidupkan sesuatu
c.  penjodoh bilangan
23.  rapat
a.  tidak bercelah
b.  padat  (  penduduk  )
c.  berhampiran dengan
d.  erat, karib  (  persahabatan  )
24.  sedar
a.  tahu, insaf
b.  bangun daripada tidur
c.  ingat kembali
25.  serong
a.  condong, tidak lurus,  tidak tepat
b.  menyimpang daripada sesuatu
c.  tidak jujur

No comments:

Post a Comment