Saturday 3 December 2011

NILAI-NILAI MURNI


1.       BAIK HATI
          -  Belas kasihan :  bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan
              orang lain.
          -  Bertimbang rasa : mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain
              apabila membuat suatu keputusan.
          -  Murah hati : memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang
             memerlukannya.
          -  Saling memahami : sanggup memberi serta menerima pandangan serta
              memahami perasaan dan keperluan masing-masing.
          -  Saling bermaafan : sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.

2.       BERDIKARI
          -  Berupaya bertindak sendiri :  sanggup dan boleh melakukan sesuatu
             tanpa mengharapkan orang lain.
          -  Yakin pada diri sendiri : percaya kepada kebolehan diri sendiri dan
             sanggup mencuba.

3.       HEMAH TINGGI
          -  Kesopanan : berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan.
          -  Mengakui kesilapan sendiri : sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta
             sanggup menerima nasihat.
          -  Ramah mesra : sedia bergaul mesra dengan semua orang.

4.       HORMAT
          -  Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga : memuliakan dan
             mentaati ibu bapa atau penjaga.
          -  Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran
             tetangga, dan pemimpin : menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan
             tersebut dengan memberi layanan yang baik.
          -  Hormat kepada institusi kerajaan dan negara : menerima dan hormat
             kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri.
          -  Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan :
             menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia.
          -  Patuh kepada undang-undang negara : mematuhi undang-undang yang
             telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada.
          -  Patuh kepada ketepatan masa : menepati waktu dan menggunakan masa
             dengan berfaedah.


5.       KASIH SAYANG
          -  Sayangkan  diri sendiri dan orang lain : menyayangi diri sendiri dan
             orang lain.
          -  Sayangkan alam sekitar : memelihara dan memulihara kehidupan flora
             dan fauna untuk kesejahteraan hidup.
          -  Cintakan negara : bangga dan taat setia kepada negara.

6.       KEADILAN
          -  Adil : mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif,
             menyeluruh, dan bersesuaian. 
          -  Saksama : tidak berat sebelah dalam ssesuatu tindakan dan keputusan
             sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman.

7.       KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG
          -  Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan
             undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, kumuniti,
             masyarakat, negara, dan agama.

8.       KEBERANIAN
          -  Berani mencuba : berani melakukan sesuatu perkar yang baru dan
             mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil
             kira risiko yang akan dihadapi.
-  Berani kerana benar : berani mempertahankan sesuatu yang diakui
             kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.

9.       KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
          -  Kebersihan diri : merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh
             setiap individu untuk hidup yang sihat.
          -  Kebersihan persekitaran : pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan
             bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
          -  Kebersihan mental : pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu
             diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.

10.     KEJUJURAN
          -  Amanah : bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang
             diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
          -  Bercakap benar : menyatakan perkara yang benar tanpa menokok
             tambah atau berselindung.
          -  Ikhlas : melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan
             balasan.

11.      KERAJINAN
          -  Daya usaha : berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif,
             dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
          -  Dedikasi : berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk
             perkara yang berfaedah.

12.     KERJASAMA
          -  Gotong-royong : nelakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
             sukarela.
          -  Toleransi : bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan
             berlakunya perselisihan.
          -  Perpaduan : bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,
             masyarakat, negara, dan antarabangsa.

13.     KESEDARHANAAN
          -  Pertuturan dan perlakuan yang sedarhana : bertutur dan berkelakuan
             yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau
             menimbulkan kemarahan orang lain.
          -  Kesedarhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan
             orang lain : membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan
             diri sendiri dan orang lain.

14.     KESYUKURAN
          -  Berterima kasih : melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan
             dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

15.     RASIONAL
          -  Membuat pertimbangan : berupaya mengambil kira baik buruknya
             sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

16.     SEMANGAT BERMASYARAKAT
          -  Bermuafakat : mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu
             pekerjaan bagi kepentingan bersama.
          -  Kejiranan : berbaik-baik, bertolak ansur, tolong menolong, dan
             bekerjasama dengan jiran tetangga.
          -  Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat : menyedari masalah
             masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.

1 comment:

  1. Nilai-nilai murni ini dapat memberi bantuan semasa kita menjawab soalan ulasan dalam Penulisan Bahasa Melayu -Bahagian C.

    ReplyDelete